Tuesday, December 1, 2009

kodok.

keh3,
ade sorg m***h ni buat muke mcm kodok pulak.
kodok pun lagi lawa lah makcik.
;D

Monday, November 23, 2009

:( :(

im sad.
very sad.
sad. sad. sad.

hurt.
im hurt.
hurt. hurt. hurt.

nothing to say.
i need someone who can comfort me.
i need someone who can pamper me.
i need someone who can understand me.
not someone like you.

i dont want the new you.
i want the old you.

:(

Sunday, November 22, 2009

Hari Minggu.

aku memang takde keje.
asek beronline dari pagi sampai ke malam.
uwaaa, boring nak mampus.
tapi ape kan daya, aku memang takde keje sekarang ni.

ade sebenarnye, tapi dah siap.
kalau ade award pekerja terbaik, aku lah orangnya yang akan menggenggam piala tersebut.
nak tahu kenapa?
sebab kerja-kerja itu aku lakukan di rumah.
kenapa tidak di ofis?
kerana aku tidak berkesempatan untuk lakukannya di ofis.
wahhh!
tarik balik award tersebut.
hahha!

ok fatim, cuba jangan nak melalut di sini.

dua hari BB pergi outstation, padan muka, kalau tak duk berdating jek, :p
biarlah, kami tak kacau orang kot. hahah.

rutin harian sepanjang Sabtu dan Ahad ni :
* main-kacau Titina Turner
* cium-cium Baby Rania
* online-facebook-blogger
* buat Report
* makan-tolong masak (goreng tempe je pun)
* baca paper
* sms Bb-call Bb

itu adalah antara aktiviti-aktiviti yang sangat menarik pada hujung minggu ini
hehehe. wah, hari untuk aku diijab kabulkan adalah lebih kurang dua bulan lebih. takut weh.. hanya Allah yang tahu. risau pun ye jugak, sebabnya macam banyak benda aku tak settle-settle lagik.

antaranya :
* tudung nikah tak beli lagi
* kad kahwin tak siap lagi beli material nya
* tudung sanding pun tak beli lagi
* khemah kenduri tak carik lagi

uwaa, tak mau list lagik, weks, nak muntah.
jom makan. lapar lah. :)
babai.

Wednesday, October 28, 2009

sejuk weh!

weh gua sgt sejuk oke! ekekke

gegeggege..
sejuk sgt dlm bilik collection nih
hehari mcm ni
pepagi dah kene bt money collection.
kalo nak sambung keje masuk balik dlm bilik ni.
buatla smpai siap.
petang kang kalau agak2 encik tunang fetch me up a bit late, aku akan tnggu dlm bilik ni jugak.

hadoii.
sakit semua badan gara2 aircond memanjang.
hurm..
ni pon tengah gigil2 lagik ni.
huhuhu.
sweater merah kepunyaan ayah aku ni dah sentiasa kupakai ke mana2.

"eh tim, ko ni asek pakai sweater org saket tu jek, sejuk sgt ke"
"yela kak, pasal sejuk sgt lah saye pakai sweater ni. kenapa. buruk sgt ke?"

haha. padan muke. sape suruh tanye. sweater ni buatan NZ ok.
buruk ke ape ke, ape aku pedulik, keh3.

Tuesday, October 20, 2009

entah.

assalamualaikum w.b.t.

niat di hati nak hapdet blog ni, tapi lain pulak yang jadinye.
ni sume gara-gara berutben yang lembab lembik dari kol 1030 tadi.
sampai mata pun dah naik layu macam ni.
so memang takde maknenye untuk aku teruskan lagi.
bantal dah memanggil2.
moo-cow dah ajak cium2 je tuh.

hari ni lepas makan, B terus je hantar balik.
of course-lah, he has a biz meeting, (yang tak habis2)
cis. bedebot betol. bak sini 'hasil usahamu' sikit.
tolong jangan kedekut. hihihi.

hish. lama betol dia meeting.
dahla meeting bersama gadis tinggi lampai plak tuh.
(nasib baik dtg bersama boypren,hehe)
cepatlah balik B.

jum tido kawan2.
salam.nanite.
:)

Monday, October 19, 2009

selepas makan.

hai,
saya baru lepas makan.
burp.
alhamdulillah.
;)

petang yang suram. (cis, menyampah betol)

fatim oh fatim,
kenapa dgn kau nih.
sudah sudahlah tuh,
dah itu memang ketentuanNya,
kau nak buat ape lagik,

hurm.. yela..
memang pon..
terima jela kan..
haish, mood mcm sewel hari ni,
entahla.

mengadu dekat nabilla,
dia kan pendengar setia,
pstu deringan telepon pulak titibe,
eee, takot nak angkat,
sbb da tinggal sorang2,
ditambah pulak meman dok kt dalam bilik ni sorang2.
rupe2nye budak kecik tu telepon.
hehe.
so ape lagi, aku buat2 macam biasa jek,
ceh

dengarla rintihan hatiku Ya Allah..
:(

Monday, June 15, 2009

.aku kau. .aku kau.

" kenapa depan orang ramai B xnak panggil Ayg? "

" ala.. tu sume tak penting la Ayg. yang penting hati "

" ape pulak , dulu2 dengan tunang bole pulak panggil manja2 , dengan Ayg nak malu2! "

" ape la Ayg ni , bende kecik pon nak besar2 kan "

" ok la bye "

adegan2 di atas ade lah rakaman daripada perbualan SMS bongok oleh kami berdua (aku dan Iskandar) . ia telah di 'edit' serba sedikit untuk menyedapkan lagi jalan cerita .

wey, salah kah aku, aku nak jugak manje2, walaopon aku ni agak2 melampau kekurangan ajar nye, tapi aku tetap mau kan belaian, (cis). sedey tau macam ni (sambil meleleh air mata, sob sob). titibe teringat kisah2 dulu, walaopon jodoh tak panjang, tapi penuh dengan ke'happy'an. ape aku nak sume dilayan, kali ni bile teringin nak makan bihun sup pon kene hold berapa lama tah baru dapat, kesian kat fatim ni, nak bihun sup..




mari bertagging,heh.

sungguh buruk



1. What is the most important thing in your life?
Jawapan: kaseh sayang, (haks)

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Jawapan: kain ela kat Jakel.

3. Where do you wish to get married?
Jawapan: rumah ku.

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?
Jawapan: mintak sampai bebile la wey,

5. Are you in love?
Jawapan: urgh, nyampah.

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Jawapan: petang tadi di .. ape tuh , erm JomBali ?

7. Name the latest book that you bought?
Jawapan: novel cintan cintun ( lupe tajuknye )

8. What is your full name?
Jawapan: namaku **************

9. Do you prefer your mother or father
Jawapan: sayang kedua2nye, muahhs!

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Jawapan: waheeda ( sbb nk tgk kesamaan wajah, rase cam aku lagi HOT HOT HEAT , ekekek )

11. Christina or Britney?
Jawapan: britney kot,

12. Do you do your own laundry?
Jawapan: shhh ...

13. The most exciting place you want to go?
Jawapan: hawaii, nak pakai outfit skirt bunga2 tuh.

14. Hugs or kisses?
Jawapan: need more than that , awww

16. 8 things I am passionate about
- RM RM
- keluargaku
- Iskandar
- telefon tanganku
- laptopku
- tudung
- bag
- purple

17. 8 things I say too often
- "bongok ke hape"
- "Ya Allah"
- "nak buat savings x"
- "suka hati aku la"
- "tolong sikit oke"
- "haha .."
- "sengal"
- "macam s**l" ( tolong weh , susah nak ubah la )

18. 8 books I’ve read recently
Jawapan: malas nak tulih

19. 8 songs I could listen to over and over again
- I'm Yours by Jason Mraz
- Teruskanlah by Agnes Monica
- Fuck You by Lily Allen
- With You by Chris Brown
- bla . bla . xlarat mau list

21. People to tag :
- fara kecik
- aki fara
- fea
- nabby
- sesiapa yg xmalas.

Tuesday, June 2, 2009

.beli bakul.

after work semalam (02/06/2009), B fetched me up,
then went to KK Home Deco (ingat2 lupe the shop's name)

beli bakul buah untuk this coming Sat's event, hee
erm, tidak sempat pule mahu snap,
takpe, if dah siap dgn buah, baru bole letak dalam blog ni,
haha,

psst, nak tau x,
semalam "perang dingin" jap,
aku xbole la tinguk B diam + masam + mencuka kalo we all berjumpa,
rase cam x best, so memang aku moody gile la kan,
ditambah2 pule dgn peristiwa yang menyakitkan hati (tidak boleh dikongsi di sini),
lagi bertambah membara,
huh,

*ouh, tolong la, menyampah la.

.bufday present.

lewat hapdate,
hehe



ring for me, (hee)


watch for Mucuk


anyway thanks to my sayang.

Tuesday, May 26, 2009

* Trakcare Mcm Kentot *



dah seminggu kepala pusing-pusing.
gara-gara TRAKCare yang kunun-kunun besh,
tapi jaoh panggang dari hapi!

huh, sangat-sangat mengecewakan,
bertambah-tambah beban kerjaan aku,
penyakit kanser hotak yang dialami oleh Boss,
semakin menjadi-jadi yang tak terhingga,

then, aku yang kempeng ni,
aku rase makin kempeng disebabkan beban-beban ini,
haduh, tolong lah aku,
tapi takde sape boleh tolong aku,
namun, aku faham,

kalau kerjaan dah menimbun-nimbun,
tanpa ade perasaan bersalah,
itu sememangnya salah aku,
takde siapa yang dapat membantu,

hadui, inilah luahan hati aku,
mengenai TRAKCare yang 'menyeronokkan' ni,
sekian, terima kaseh,
daun keladi (macam bongok)

Saturday, May 23, 2009

.hometown.




sabtu, 23 may 2009

oh, lama gile xpulang ke kampung halaman,
so bile dapat balik ni, oh seronoknye,
hari ni aku, mak n ayah kua g Yik Foong,
saje tinguk-tinguk PC n broadband,

then g Greentown Mall lak,
gi potong tali jam mak,
:)

pastu g mamam kat Oldtown Kopitiam,
pastu pulang,
pastu tido,
:D

Tuesday, May 19, 2009

.hati luke. :(

eii, menyampah gile la.
asal nak ok je, bende ni datang balik
asal nak baik je, datang balik

sampai bile nak macam ni.
ni sume gara-gara kau wahai pompuan.
pasal kau, idop aku jadi macam ni.
memang dasar pompuan s**l.

wahai lelaki itu.
kau pon sama.
tak sedar diri.
tak sedar dek untung.
mentang-mentang aku naif macam ni.
kau ingat aku bodoh macam keldai?

hey, aku pandai oke.
jangan ingat aku tak tau pape.
padan dengan muke ko.
nasib baik aku tak bagitau d***y aku.
kalo x, kau terima la nasibnye.

kalau muke kau hensem macam model takpe jugak.
tapi hagak-hagak la.

keje menipu ni lama lama orang tau jugak.
Allah kan ade.
kau tak bole lepas punye.
akhirnye kau jatuh ke tanah juge kan.
hah, padan la dengan muke.

kalau kau nak sangat rase aku buat.
kau tunggu je la.

wahai lelaki itu,
TOLONGGG la jaga hati dan perasaan aku.
oke.

Thursday, April 30, 2009

.Burpday Surprise Plan.

hahah,
sebelum tu nak ketawa dulu
sbb aku ni asal nak hapdate blog je
mata dah macam sepet gaban
dolu2 tahan je bersengkang dpn laptop ni
skang2 ni macam hampas kelapa daaa

lama2 rentetan yg nak aku kisahkan dlm blog ni pon
dah jadi out-dated yang berabad2
hoho!
tapi takpela
yang penting luahan hati aku ni tr'luah'
heheh!

okeh,
aku nak mulakan dulu dgn kesah 'bufday si Mucuk' aku ni
alkisahnye, aku da konon2 plan mende ni about two weeks
dgn si Amir & Manda
terfikir nak buat surprise yg bes gile baban
macam2 dalam kepala ni
(tapi mcm takde satu pon yg menjadi, hahah)

rancang mahukan yg private
tempat yang seronok
tempat yang senang nak bising2
tempat yang santai
aku ingat nak g TGI's Friday
so, Amir pon suh aku try call TGI's
to make a reservation or anything
tapi biasalah aku
manalah nak sempat buat semua tuh
hehehe
tertangguh2.

then, a fine day,
aku, Amir, & Manda went out
selepas aku habis keje Sabtu
hehe (senyap2 dgn Mucuk)
menjadi kecurigaan Mucuk gak la,
heheh
padan muke.
biar ar nak buat ape pon.
huh

kiteorang g carik2 tempat makan
g le kat Bukit Indah tu
tah pe nama restaurant nye
view besh.
tapi cam terbukak le sesangatnye
cam malu jek nak buat serperais
hehehe
pastu kiteorg g TGI's Friday kat jalan.... (??)
lupela.. hehe
erm, aku gi la tnya berkenaan dgn paty package or yg seangkatan dgnnye
hadoi, xde package lak.
reservation je leh buat
huh, sia2 jek.
erm, pastu g Pavilion, Manda suggested The Rainforest
halamak, cam xsesuai la pulak, tamao2.
pastu Manda cadang g Karaoke jek
ha, besh gak idea tuh
sambil2 tu kiteorg pon g window shopping kat situ2
masuk Tangs, jumpe lak si Nabil ngan Irma
huh, aku xheran pon, sbb aku lagi artis drpd dorg
pastu masuk lak Zara, kunun nak hasut Manda suh shopping
sekali aku pon ter'hasut', hahah!
so terbeli la sat sling bag yang agak sempoi la
tak pasal2 jek

intai2 jugak present ape la nak kasi Mucuk ni
Amir suggest watch, tapi Mucuk xsuke pakai
tapi kadang2 tu Mucuk pandai lak nak belek2 jam
agaknye nak 'tersuke' pakai balik kot
then, kiteorg g makan2, sbb lapar sgt

....pastu g mana ek?
hadoii ilang ingatan jap.
hurm, ok2 dah ingat
pastu Amir n Manda ajak jalan2 kat Bukit Bintang
hahah, cam budak2 lak kene bawak jalan2
habis pusing2 kat situ, kiteorg pon balik.
dorg hantar sampai Melati
Nanite Darlings!


Wednesday, April 29, 2009

.sgt bizi.

Salam..
there's a lotta things happened recently..
i got no time to update this blog..
am so sorry..
will udate ya'll soon..

Wednesday, April 22, 2009

.mengantok sgt.

Astaghfirullah..
aku asek mengantok jek
smpai nk online pon dh xsempat
apetah lag nak hapdate blog ni
niat di hati nak upload pic Birthday Event Mucuk
tp xsempat le lagik
ni pon mata dah mcm Garfield
hadoii
sorry la k..
nnti aku hapdate
k c ya.

Monday, April 20, 2009

Tagged by Fea! :)

Jawab Soklan² dibawah ini dengan jujurnya ok???Soklan² nye:-

• Adakah anda seorang yang periang?
Huh! tentunye!

• Anda mempunyai Bf/Gf??
Ade

• Siapakah nama Bf/Gf anda??
Izmal Iskandarsyah Mohamed Khamil

• Berapa lamakah hubungan anda dengan Bf/Gf anda??
1 year & 4 months ++

• Adakah anda kerap berdating??
Agak kerap le juge..

• Apakah yang anda impikan untuk Bf/Gf anda??
Live happily, wealthy, forever!

• Sekarang anda sedang buat apa???
Buat menatang tagged ni

• Anda berkerja atau belajar???
Bekerja!

• Anda suka x dengan pkerjaan anda sekarang??
Omigod, i need better!

• Adakah anda happy & bahagia ngan kehidupan anda??
Alhamdulillah, sgt bahagia..

• Anda akan gila sekiranya???
* tak dapat bercakap
* tak mendengar khabar berita daripada my lovly fam
* tak denga sore B & tak dpt sms dia

• Berapakah umur anda sekarang?
Will turn into 26 in 3 days time >> 23rd April, :D

• Apa yang penting dalam kehidupan anda??
Sume2 penting

• Cinta itu buta_____________________(sambung ayat ini dengan sekretifnya)
Buta? yeke?

• Apa yang anda suka tentang diri anda??
Sgt bersyukur dgn pemberian & kurnianNya

• Barang² anda yang anda sangat sayangi??
* Laptop
* HP
* Sume pemberian org2 yg tersayang

• Anda mengharapkan anda akan_______________(sambung ayat ini)
Berjaya, sihat, kaya, dan bahagia.. heeeee

• Anda akan Tag soklan neh kepada???
>>> Nasa
>>> Bella
>>> Sesiapa yg sudi menjawabnye, :)

Tuesday, March 31, 2009

.nengok muvie.





owh, hari sabtu lepas aku on duty
then lepas tu b fetch aku n g KLCC
plan nak nengok wayang hari ni

so before tu, we all jalan-jalan
tengok barang-barang kat situ
masuk macam2 butik
B nak beli wallet
aku pulak nak beli kasut
so last2 dapat lah mende yang diidamkan

after tat, kiteorg g melantak kat fud court
dh xdpt nak menanggung kelaparan
duk menunggu amir n amanda yg xsampai2 lagi
huh, mau pengsan aku dibuatnye
so kiteorg pun makan je dulu
tgh2 makan barula nmpak terhegeh2 dorg dtg

habis mkn, B amik ticket yg telah di booked 2 jam lepas
nengok citer TaleNTime
hahahah
belasah je la
tapi honestly, citer ni mmg besh
sesuai la dgn jiwa aku

after muvie habis
betul2 tepat jam 830, Earth Hour
hahah!
gelap la sekejap KLCC tuh
pastu kiteorg sume lepak dkt jln damai
the castle
dgn amir n mmbe2 B yg lain

huh, penat gak
otw B anta aku balik tu
aku mmg dah xsedar pape
tertido beb
hehe
lawak tol










Monday, March 23, 2009

Ironi Iris


kepada rakan-rakanku,
lawatilah blog yang menarik ni,
pergh, minat gile dgn photos diorang ni,
jangan lupa visit ok

just click at the logo above
tq
muahhh!

.wahai kalian.



kalian yg tersayang,

aku pohon,
  • jangan sakiti hatiku
  • jangan lalaikan aku
  • jangan mainkan perasaanku
  • jangan perdayakan ku
  • jangan kecewakan aku
  • jangan membenci aku
  • jangan bohongi aku
  • jangan bodohkan aku
  • jangan abaikan aku
  • jangan khianati aku






.adik amir syafiq.




wahahaha,
adik kunun,
nak muntah,

we all (aku, iskandar & amir)
salu lepak dekat The Castle, Jalan Damai,
shisha sambil makan kebab,
huh, burak2, men laptop,
ntah hape2 lagi lah,
macam-macam topik la gak,
dari kisah kami hingga la kisah si adik amir ni,
hahah,

btw, those above are our pics

.dah busan kut.


tgh buat keje yg melambak ni,
smbil tunggu iskandar sampai,
rasa cam nak 'shishi',
tapi malas la pula

makin hari 'dia' makin sukar untuk difahami
aku yang susah ke,
dia yang susah,
aku pun tak tau,

aku berserah je kepada Allah

(saje upload pic atas tu, rendu sgt kat Ona, my cousin)


Friday, March 20, 2009

.sialan.!.

memang macam sial,
apa lagi kau nak,?
tak habis-habis nak ganggu hidup aku?
kalau kau nak buat apa pun,
kau buatlah,
buat apa kau sibuk-sibuk ganggu hidup aku?
macam kau bagus sangat pulak kan?

dah-dah lah tuh
tak payah nak sibuk-sibuk hal aku,
aku tak butuh kau punya pertolongan la
kau dah rosakkan semuanya
then kau nak rosakkan lagi?
hello, come on
jangan nak burukkan keadaan
aku meluat gila la,
pegi mati lah

Wednesday, March 18, 2009

.senandung kebusanan.

aku sedang busan
menunggu iskandar
kata nak datang awal
tapi lambat juga
terhegeh-hegeh
macam siput sedut
entah apa yang dibuatnya
milo ais ni dah cair
fun fries pun dah sejuk
makan jugak la
nak buat macam mana
mamat sebelah ni perasan hensem
naik menyampah aku tengok
tapi nasib baik memang hensem
ada orang jual CD
dia tanya, 'amoi mau bili ka'
aku geleng kepala
menyibuk je
orang jual kerepek pun ada gak
adoii, aku tak nak beli la
jangan kacau boleh tak
huh, bau ketam goreng pula
erm lapar
tapi kena tunggu iskandar
fun fres un tak habis lagi
camne nak makan ketam
adoi, selesema ni
sangat tak selesa la
sakit kepala berdenyut-denyut
ni apa tengok-tengok ni
sibuk je
ada hutang ke
takde kan
macam la orang kacau dia
mana iskandar ni
busannyeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday, March 17, 2009

Nyam! Nyam!

Hoh, selamat menjamu selera.
aku sedang makan nasi ni
sambil mengadap laptop :)
hurm, xselera sebenarnye, tapi terpaksa mencekik
sebab perut dah meragam-ragam

tadi one of my friends ajak lunch,
kunun la tuh, hehe
last-last tak jadi
biasala, orang bz kan, heheh
ok, takpe,
untuk kairol, if ada peluang i dapat jumpa u,
siaplah kena ceramah panjang i, haha!

hari ini agak bz IJN ni,
patients ramai, huh,
penat, macam-macam kerenah
ditambah pula dengan ke'bz'an aku
yang makin bertambah-tambah akhir-akhir ini
banyak kerja tak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan
hoho, kena buat overtime ni
hadoi, apa la aku ni
tapi takpe, kerja adalah tanggungjawab

bila nak kaya ni
teng teng teng!
:D

Saturday, March 14, 2009

Tips Dalam Berpasangan

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Petikan ini dipetik dari Tips Cinta oleh saudari Ruzanna Mohamed Noor.

Thursday, March 12, 2009

fatim yg sedeyh

Hidup ni kadang-kadang macam roda.. Ada yang gembira, ada yang duka, macam-macam yang jadi dalam hidup kita ni. Kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada waktu yang mendatang. Semuanya Allah yang tentukan. Kadang-kadang berubah sekelip mata. tak tercapai dek akal fikiran. Waktu tu mula lah rasa hilang arah, tak tahu nak buat apa. Mula lah terbayang benda yang bukan-bukan. Rasa nak memberontak, rasa nak campak semua yang ada kat sekeliling, kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri (erk, jangan buat ok, berdosa besar!)

Tapi pernah tak kalian tefikir apa yang belaku semua ni ada hikmahnya. Mungkin Allah nak menguji hambanya. Boleh tak tahan dengan ujianNya. Tak pun, nak suruh kita berfikir sejenak, asyik fikir happy jek, sekali bila sedeyh, macam mana lah agaknya ek. Lebih kurang macam tu lah.

Aku ni kalau sedih, muka dah memang sememeh jek, satu hari tak boleh buat kerja, asyik fikir benda sedih jek. Mula lah orang tegur pun asyik nak marah jek. Kesian orang-orang yang berkenaan tu. Tak pasal-pasal kena marah. Memang tak boleh nak kawal perasaan. Menangis tak payah cakap lah. Memang 'feberet' aku. Duduk dalam bilik berhari-hari sampai kurus kempeng (pengalaman sebenar aku ok, ahha). Siang malam pakai baju kelawar jek (dah malas nak fikir pakai baju apa). Parents memang pelik (agaknye la kot) tapi they all buat-buat tak tau je. Hurm, semua misery ni adalah gara-gara putus cinta la! Memang haprak. Sia- sia sebenarnya buat semua benda bodoh tu. Buang masa. Tapi, aku bersyukur, sebab selama ni aku asyik bagi nasihat je kat orang. Sekali kene setepet kat dahi. Baru padan muka.

Seronok juga ada pengalaman macam tu, at least dapat rasa apa yang orang lain pernah alami. Pejam celik pejam celik, dah lebih kurang setahun lebih aku berkawan dengan Iskandar ni. Banyak ups & downs nye. Bukan semuanya suka. Ada yang duka. Lebihnya yang duka kot. Maklumlah, hidup kita ni di sekeliling manusia lain. So, mestilah ada yang berbekas di hati, kalau tak orang lain, dah tentulah aku yang selalu berbekas. Huh. Ada je tak kena di pandangan mata aku.

Kepercayaan dan kejujuran adalah dua perkara yang terpenting dalam menjalinkan perhubungan. Ini pada pandangan aku lah. Sekali terluka, susah sangat nak hilang parutnya. Memang susah, aku tak tipu, ok. Lain la kalau aku ni memang perempuan yang tak kisah semua tu. Hurm, mungkin aku ni jenis yang susah & sangat conservative dalam hal-hal macam ni. Entahlah, walau pun macam-macam yang berlaku sepanjang hubungan we all, tapi tetap kami tempuhi dengan sabar. Melatah sekali-sekala memang tak boleh nak elak, tapi kena pandai handle.

Pantang betul aku dengan orang yang kaki menipu. Tolonglah jangan amalkan, kalau dah asyik menipu, macam mana orang nak put their trust on you? Lama-lama orang pun malas nak percaya dah. So, waktu tu jangan salahkan sesiapa if takde orang nak trust you all. Pape pun, hadapi lah hidup ni dengan tabah. Semoga hidup kita sentiasa diberkati.

Ok lah setakat ni dulu coretan aku kali ni. See ya again, take care.

Friday, February 20, 2009

Makanan?

Laksa?
- suke sangat, hantu la.

Ayam Goreng?
- suka jugak, boleh dikatakan menu utama kat opis, huh boring

Maggi Tomyam?
- menu utama if gi kedai Awe Ta

Sate?
- xberapa layan, kalao makan pun nak yg ayam je

Asam Pedas?
- huh, feberet la, esp mak masak

Kari?
- boleh tahan la

Gulai Tempoyak?
- hui suke2

Sushi?
- yark, xsuke ar, nk muntah

Burger?
- beger Mekdi suke gak, Beger King pon sedap, tapi Tmn Melati punye paling sdap, hehe

Sup?
- suke sup tulang, yummy

Western Food?
- oh, suke sgt lamb chop!

Ulam?
- erm suka kacang botol, suke ulam raja, suke petai, suke sume2, awet muda ok

Masak kicap?
-wah, suke sgt, kalao embah atau mak yg masak

* bak kata aku mmg suke mkn, hehe.

Bowling Tournament



haha, bowling,
pemain yang paling banyak sekali masukkan bola dlm longkang, adalah aku!!
hahah!
hadoi, mcm xpernah main,
malu jek,
mucuk dah buat muke seposen jek
then biasalah aku buat la muke majuk
hehe,
cam sengal jek
but, at least aku release jugak la tensi dpt main ni

erm, actually ni tournament untuk division aku
Finance Division
so memang disertai oleh most of our division's staffs
aku ni pun kena paksa rela
main jela :)
but we really enjoyed that times, muaahhs!

Training, Training

hoh, penat,
18-19 feb hari tu, tim ade training
kat sheraton subang hotel
hurm, naseb baik ade Has
at least ade la membe
if x, mesti boring katak kat sana
btw, training tu best sangat
"Practical Debt Collection"
Trainer tu ajar cara2 macm mana nak collect hutang
heheh
so berbaloi la jugak
memang besh!


12 Ways To Know That You Love Someone

12 Ways To Know That You Love Someone……………

TWELVE:
You talk with him/her late at night and when you go to bed you still think of him/her.
~ waktu zaman awal2 kenal mmg le cmtuh, hehe, smpai kul bape tah, xingat nak tido, mengong jek. ~

ELEVEN:
You walk really slowly when you are with him/her.
~ slow ke? Laju je jalan, ade kena ngena ek? ~

TEN:
You don't feel Ok when he/she is far away.
~ erm memang pun, risau n selalu fikir dia tgh buat ape waktu tuh ~

NINE:
You smile when you hear his/her voice.
~ hehe, yela sgt. :P ~

EIGHT:
When you look at him/her,you do not see other people around you.You see only him/her.
~ hadoiyai, aku je kut yang mcm tuh, dia nampak je yg lain. Weks. ~

SIX:
He/She is everything you want to think.
~ kdg2 kut, mana boleh asek pk dia je, benda2 lain mcm ne ~

FIVE:
You realise that you smile every time you look at him/her.
~ a’aa. Lawak bila tgk muka dia. ~

FOUR:
You would do anything to see him/her.
~ ergh, no comment. ~

THREE:
While you have been reading this, there was a person in your mind all the time.
~ yes, of course ~

TWO:
You've been so busy thinking of that person that you didn't notice that number SEVEN is missing.
~ haha. Memang angau betol le aku nih. ~

ONE:
You are going to check above if that's true and now you are silently laughing to yourself
~ malu la. :p ~

NOW MAKE A WISH! YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST.......


*****

ALMOST THERE!

Thursday, February 19, 2009

Aku dan Dia

  • aku nak tgk cite ni, dia nk tg cite tu
  • aku nak tengok citer hantu, dia nak tengok citer lawak
  • aku ajak gi GSC Midvalley, dia ajak MBO Ampang
  • aku nak makan kfc, dia nak makan McD
  • aku nak makan laksa Oldtown, dia nak makan Ani Sup Utara
  • aku pakai cantik-cantik, dia pakai selekeh-selekeh
  • aku pakai serabai habis, dia pakai smart nak mampos
  • aku pakai selipar, dia pakai kasut
  • aku nak naik kereta, dia nak naik motor
  • aku nak pergi Zoo Negara, dia ajak main bowling
  • aku kata hitam, dia kata putih
  • aku kata cantik, dia kata buruk
  • aku kata elok, dia kata tak elok
  • aku kata ikut jalan ni, dia kata ikut jalan tu
  • aku nak dengar channel Hitz FM, dia nak dengar XFresh FM
  • aku nak mkn nk g uptown, dia nak g downtown
  • aku nak kentut, dia pun sibuk nak kentut, hahaha!

Sunday, February 15, 2009

25 Perkara Tentang Fatim!

1. kurus kempeng. haha.
2. blur sket. (selalu sgt)
3. comel. (betul la, hee) :p
4. suke update blog n men fesbuk. lalala.
5. suke lembu tompok.
6. seringkali lapar.
7. agak panas baran. ggrr.
8. kdg2 gedik.
9. kuat tido. em nikmatnye.
10. suke purple n hitam.
11. karaoke kegemaranku. sore sedap ok.
12. mesti tido byk2 bantal.
13. gemar baca novel di kala tensen. (mucuk dh masak sgt dah.haha)
14. window shopping. sukenye!
15. xsuke sgt tgk wyg. huh. (tensen je mucuk.)
16. childish. (mucuk yg kata)
17. suke 'godek' notebook.
18. dying to be rich! oh impianku.
19. suke mkn laksa. hantu oh.
20. xsuke kaki penipu. tolong jgn buat ok.
21. benci sgt kat lipas. oh. pls!!
22. xsuke bersepah.
23. kuat bebel. (xdpt dinafikan)
24. i love eyeliner. (tah nape tah)
25. seorg yg 'pelik'. hahaha.

Thursday, February 12, 2009

jalan2 kat zoo negara.






yeeha!
g zoo negar la pulak.
aku n mucuk gi hari ahad lepas (8 feb 09)
haha.
lawak tol.
best x tempat dating we all.
hoho.

release gak tensi dpt tgk menatang,
best woo.
len kali aku suggest korg gi zoo.
tgk singa laut perform
huh sgt bijak.
cumel jek..

tapi yg xbestnye,
xdpt tgk harimau,
sume pakat tido,
hurm, kuciwa.

Tuesday, February 10, 2009

makan2 time!

owh, kiteorg mkn2 steamboat dkt johnny's restaurant, jaya jusco, w.maju.
huh! kenyang gile.
tapi sedap.




happy bezday kakwa!

happy birthday kakwa.
yg ke 27 tahun.
hikhik, ee, dah tua la.
hurm, aku pon makin tua.
hai, bilela nk kawen ni.
rasa cam xlaku pon ada
haks.
gedik gile.

:p

Saturday, February 7, 2009

hanjing!

asek2 aku.
asek2 aku.

aku ckp betul pun, dia kata aku salah.
aku ckp salah, lagi2 la aku dikatakan salah.

eh, hagak2 la.
aku bukan bodoh.
aku lagi pandai daripada kau lah.
tapi kau asek nak menang je kan.

ha!
amek lah.
aku xheran lah.

suka2 kau je
nak perli2 aku.
nak kata aku mcm2.
mcm kau bagus sgt.
g matilah sama kau.

Sunday, January 11, 2009

hello PD!

hi!
we meet again!
hurm. lama jugak xmencoret ek.
been so bz lately
n ditambah dgn kemalasan yg melampau

psst,
nak citer ni
semalam g port dickson
mucuk kite la yg bawak
hehehe
dahla kena tipu kate nak balik tampin
huhu.
muke dah masam mencuka.
sambil layan lagu rock kapak

sekali masuk jalan nak g PD daa.
mengade je.
kengkunun seperais la tu
hahahha

anyway,
seronok sgt dpt spend time together wit my mucuk
thanks darl!
muaahhh!

Thursday, January 1, 2009

HAPPY DAY!




Oh! Happy Day!

Aku janji:

• Xnak marah2 lagi
• Xnak majuk2 lagi
• Xnak garang2 lagi

Boleh ke? (tengok keadaan)

Hari ni kiteorg gi Sunway Pyramid
Saje window shopping.
But titiba je rasa nak beli kasut.Erm, azam baru?!
Hahahah!
Hurm, tapi takde yg berkenan.
Balik jela











New Year Eve!


Wah! Hepi nu yer! We both (me n mucuk) lepak The Castle, Jln Aman mlm tadi.

Kunun nak tengok bunga hapi. Haha!

About one++ hours there. Sambil tu on9 jap.

URGH! Byk hot guys kat sini! Awwww! (Shhhh, dun tell Iskandar! Haks!)

Borak2 bout future, ngumpat2 skiet, majuk2. Huh! Xhabis2. Hiks.

Then, there we go! 12am SHARP! Happy NEW Year!!!!

Weewitt.!

Just bout past 2 seconds, he said…

“U, I janji…..(bla)..(bla)..(bla)..”

Ha?! What? ‘Betul ke ape aku denga ni?’ kataku di dlm hati. Haks!

Ah! Menggelupur kemas laptop. Nak tengok bunga hapi!!

Cepat la tengok!

Alemak. Di sebalik pokok le pule. Takpela.

Ya’ll can see the pic above. Aku pun tak tau what was Iskandar captured actually.

Rumah ke, bunga hapi.

Hahha!!




ni muke tension xpuas tgk BUNGA HAPI

hahaha!











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...