Hidup ni kadang-kadang macam roda.. Ada yang gembira, ada yang duka, macam-macam yang jadi dalam hidup kita ni. Kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada waktu yang mendatang. Semuanya Allah yang tentukan. Kadang-kadang berubah sekelip mata. tak tercapai dek akal fikiran. Waktu tu mula lah rasa hilang arah, tak tahu nak buat apa. Mula lah terbayang benda yang bukan-bukan. Rasa nak memberontak, rasa nak campak semua yang ada kat sekeliling, kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri (erk, jangan buat ok, berdosa besar!)
Tapi pernah tak kalian tefikir apa yang belaku semua ni ada hikmahnya. Mungkin Allah nak menguji hambanya. Boleh tak tahan dengan ujianNya. Tak pun, nak suruh kita berfikir sejenak, asyik fikir happy jek, sekali bila sedeyh, macam mana lah agaknya ek. Lebih kurang macam tu lah.
Aku ni kalau sedih, muka dah memang sememeh jek, satu hari tak boleh buat kerja, asyik fikir benda sedih jek. Mula lah orang tegur pun asyik nak marah jek. Kesian orang-orang yang berkenaan tu. Tak pasal-pasal kena marah. Memang tak boleh nak kawal perasaan. Menangis tak payah cakap lah. Memang 'feberet' aku. Duduk dalam bilik berhari-hari sampai kurus kempeng (pengalaman sebenar aku ok, ahha). Siang malam pakai baju kelawar jek (dah malas nak fikir pakai baju apa). Parents memang pelik (agaknye la kot) tapi they all buat-buat tak tau je. Hurm, semua misery ni adalah gara-gara putus cinta la! Memang haprak. Sia- sia sebenarnya buat semua benda bodoh tu. Buang masa. Tapi, aku bersyukur, sebab selama ni aku asyik bagi nasihat je kat orang. Sekali kene setepet kat dahi. Baru padan muka.
Seronok juga ada pengalaman macam tu, at least dapat rasa apa yang orang lain pernah alami. Pejam celik pejam celik, dah lebih kurang setahun lebih aku berkawan dengan Iskandar ni. Banyak ups & downs nye. Bukan semuanya suka. Ada yang duka. Lebihnya yang duka kot. Maklumlah, hidup kita ni di sekeliling manusia lain. So, mestilah ada yang berbekas di hati, kalau tak orang lain, dah tentulah aku yang selalu berbekas. Huh. Ada je tak kena di pandangan mata aku.
Kepercayaan dan kejujuran adalah dua perkara yang terpenting dalam menjalinkan perhubungan. Ini pada pandangan aku lah. Sekali terluka, susah sangat nak hilang parutnya. Memang susah, aku tak tipu, ok. Lain la kalau aku ni memang perempuan yang tak kisah semua tu. Hurm, mungkin aku ni jenis yang susah & sangat conservative dalam hal-hal macam ni. Entahlah, walau pun macam-macam yang berlaku sepanjang hubungan we all, tapi tetap kami tempuhi dengan sabar. Melatah sekali-sekala memang tak boleh nak elak, tapi kena pandai handle.
Pantang betul aku dengan orang yang kaki menipu. Tolonglah jangan amalkan, kalau dah asyik menipu, macam mana orang nak put their trust on you? Lama-lama orang pun malas nak percaya dah. So, waktu tu jangan salahkan sesiapa if takde orang nak trust you all. Pape pun, hadapi lah hidup ni dengan tabah. Semoga hidup kita sentiasa diberkati.
Ok lah setakat ni dulu coretan aku kali ni. See ya again, take care.