Thursday, June 16, 2011

Patem Berpantang?

hi u olllsss. lamenye xber belog. malas weh nak taip2 nih. tapi memandangkan skang ni aku punye waktu-wakt yang terluang dan terbuang-buang, maka elok la aku mengisi nye dgn menulis :) hari ni hari yang ke 26 aku berpantang. ade 18 hari lagi untuk aku bebasssss. yehaaaa! tapi mana boleh bebas sangat kot. makan minum kene jaga jugak. sebab aku BF si Abid, nanti macam2 plak la kann. banyak benda aku rendu waktu dalam pantang ni. di antaranye adalah :

AIS
uwaaaaaaa rendu gile sama aisss.! waktu mengandung dulu hehari minum ais. jenuh kene marah dgn Hubby. tapi minum jugak heee. kalau kat opis, Caer yang selalu jadik mangsa kirim belikan air. jenuh jugak kene bebel dengan dia, tapi i tak peduli. hehe. kalo tak kopi ais, ice lemon tea. haduiiii. sedapnye waktu tu. aku boleh bayangkan minum kopi ais macam minum air cappuccino Starbucks! boleh ke macam tu? haha! waktu pantang nih? hukhukhuk! dah banyak kali merayu dekat Mak, "Mak, bagila orang minum sikiiiiittttt jek air oren sejuk tuh" "eh jangan nak ngade lah, pantang mana boleh nak ais-ais!". huh tak pasal-pasal jek. haduii terpaksa tahan jelah kan.

PEDAS
makanan pedasss! feberet nih. tapi pantang mana boleh bedal makan macam tuh. makan sup-sup jek, waktu mengandung hari-hari makan mesti ada sambal belacan. skang ni jangan harap lah kan. takut baby sakit perut lak nanti.

TIDUR NYENYAK
haha yang ni bukan dalam pantang je aku rendu. aku rase lepas-lepas ni pon pasti aku rendukan tidur aku. hihi. mata dah lebam-lebam dek asyik bangun malam beberapa kali. padan la dengan muka kan. dulu-dulu waktu bujang wah wah sedap jek tido. macam tak hengat donia. sekarang ni ha, rasekan. kejap-kejap Abid menangis nak susu, kejap-kejap Abid terjaga tanpa sebab, terkebil-kebil jek. mana boleh aku nak biarkan dia macam tu je kan. so skang ni, waktu siang kalo Abid tido, aku tido sekali. at least boleh cover waktu malam karang.

SHOPPING/JALAN-JALAN
aaaaaaaa yang ni pon rendu jugakkk! tak sabar nak tunggu 44 hari, nak jalan-jalan, soping-soping. kali ni seronok sikit, sebab dah ade si kenit tuh. haduii duk rumah waktu skang ni takde bende lain yang aku boleh buat melainkan ONLINE je.. kadang-kadang macam pening-pening lalat jugak dok mengadap laptop je hari-hari. tapi.. what else to do? tengok tibi, tibi pon kekadang boring ya amat. last-last aku golek-golek atas tilam, lalu terlelap. haha.

HUBBY
ha yang ni memang yang terpaling-paling amat-amat aku rendukan la wehh. hoho. yelah aku kat ipoh, dia kat KL. camno? tak dapek nak nolong la kan. jenguk waktu weekend jek. minggu lepas Hubby ade balik Ipoh. weekend ni tak tau lagik. uwaaaaaaaaaaaaaaa balik lahhh

hoho. so still ade lapan boleh haghi laie. den tak sobar dah ni. hikhik. so buat kengkawan yang dalam mode berpantang, SELAMAT BERPANTANG lah ye. dulu2 salu relax-relax jek bile dnga kengkawan citer betapa seksanya semasa berpantang. so skang ni baru la tahu kan. diri sendiri dah merasainyeeee. hihi. ok chow chin chow. nanti teman haplod gambar Darling I ye, Abid Madani kusayanggg! tata!

2 comments:

intz said...

atim,
intan ni..
selamat menghabiskan pantang ye..hihi
intan x balik ipoh la..
abid dh besar dh kan...masa lahir aritu tecit aje... now dh mmbesar bagai johan.. hihi

Tetem said...

hi intan.. tim xsabo nak habiskan pantang ni intan.. huhu.. seksa rasenye..
abid memang dah naik sikit.. pipi dia kembong jek haha..
irfan sehat ke? geram jek tgk dia.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...