Tuesday, March 31, 2009

.nengok muvie.





owh, hari sabtu lepas aku on duty
then lepas tu b fetch aku n g KLCC
plan nak nengok wayang hari ni

so before tu, we all jalan-jalan
tengok barang-barang kat situ
masuk macam2 butik
B nak beli wallet
aku pulak nak beli kasut
so last2 dapat lah mende yang diidamkan

after tat, kiteorg g melantak kat fud court
dh xdpt nak menanggung kelaparan
duk menunggu amir n amanda yg xsampai2 lagi
huh, mau pengsan aku dibuatnye
so kiteorg pun makan je dulu
tgh2 makan barula nmpak terhegeh2 dorg dtg

habis mkn, B amik ticket yg telah di booked 2 jam lepas
nengok citer TaleNTime
hahahah
belasah je la
tapi honestly, citer ni mmg besh
sesuai la dgn jiwa aku

after muvie habis
betul2 tepat jam 830, Earth Hour
hahah!
gelap la sekejap KLCC tuh
pastu kiteorg sume lepak dkt jln damai
the castle
dgn amir n mmbe2 B yg lain

huh, penat gak
otw B anta aku balik tu
aku mmg dah xsedar pape
tertido beb
hehe
lawak tol










Monday, March 23, 2009

Ironi Iris


kepada rakan-rakanku,
lawatilah blog yang menarik ni,
pergh, minat gile dgn photos diorang ni,
jangan lupa visit ok

just click at the logo above
tq
muahhh!

.wahai kalian.



kalian yg tersayang,

aku pohon,
  • jangan sakiti hatiku
  • jangan lalaikan aku
  • jangan mainkan perasaanku
  • jangan perdayakan ku
  • jangan kecewakan aku
  • jangan membenci aku
  • jangan bohongi aku
  • jangan bodohkan aku
  • jangan abaikan aku
  • jangan khianati aku






.adik amir syafiq.




wahahaha,
adik kunun,
nak muntah,

we all (aku, iskandar & amir)
salu lepak dekat The Castle, Jalan Damai,
shisha sambil makan kebab,
huh, burak2, men laptop,
ntah hape2 lagi lah,
macam-macam topik la gak,
dari kisah kami hingga la kisah si adik amir ni,
hahah,

btw, those above are our pics

.dah busan kut.


tgh buat keje yg melambak ni,
smbil tunggu iskandar sampai,
rasa cam nak 'shishi',
tapi malas la pula

makin hari 'dia' makin sukar untuk difahami
aku yang susah ke,
dia yang susah,
aku pun tak tau,

aku berserah je kepada Allah

(saje upload pic atas tu, rendu sgt kat Ona, my cousin)


Friday, March 20, 2009

.sialan.!.

memang macam sial,
apa lagi kau nak,?
tak habis-habis nak ganggu hidup aku?
kalau kau nak buat apa pun,
kau buatlah,
buat apa kau sibuk-sibuk ganggu hidup aku?
macam kau bagus sangat pulak kan?

dah-dah lah tuh
tak payah nak sibuk-sibuk hal aku,
aku tak butuh kau punya pertolongan la
kau dah rosakkan semuanya
then kau nak rosakkan lagi?
hello, come on
jangan nak burukkan keadaan
aku meluat gila la,
pegi mati lah

Wednesday, March 18, 2009

.senandung kebusanan.

aku sedang busan
menunggu iskandar
kata nak datang awal
tapi lambat juga
terhegeh-hegeh
macam siput sedut
entah apa yang dibuatnya
milo ais ni dah cair
fun fries pun dah sejuk
makan jugak la
nak buat macam mana
mamat sebelah ni perasan hensem
naik menyampah aku tengok
tapi nasib baik memang hensem
ada orang jual CD
dia tanya, 'amoi mau bili ka'
aku geleng kepala
menyibuk je
orang jual kerepek pun ada gak
adoii, aku tak nak beli la
jangan kacau boleh tak
huh, bau ketam goreng pula
erm lapar
tapi kena tunggu iskandar
fun fres un tak habis lagi
camne nak makan ketam
adoi, selesema ni
sangat tak selesa la
sakit kepala berdenyut-denyut
ni apa tengok-tengok ni
sibuk je
ada hutang ke
takde kan
macam la orang kacau dia
mana iskandar ni
busannyeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday, March 17, 2009

Nyam! Nyam!

Hoh, selamat menjamu selera.
aku sedang makan nasi ni
sambil mengadap laptop :)
hurm, xselera sebenarnye, tapi terpaksa mencekik
sebab perut dah meragam-ragam

tadi one of my friends ajak lunch,
kunun la tuh, hehe
last-last tak jadi
biasala, orang bz kan, heheh
ok, takpe,
untuk kairol, if ada peluang i dapat jumpa u,
siaplah kena ceramah panjang i, haha!

hari ini agak bz IJN ni,
patients ramai, huh,
penat, macam-macam kerenah
ditambah pula dengan ke'bz'an aku
yang makin bertambah-tambah akhir-akhir ini
banyak kerja tak dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan
hoho, kena buat overtime ni
hadoi, apa la aku ni
tapi takpe, kerja adalah tanggungjawab

bila nak kaya ni
teng teng teng!
:D

Saturday, March 14, 2009

Tips Dalam Berpasangan

1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Petikan ini dipetik dari Tips Cinta oleh saudari Ruzanna Mohamed Noor.

Thursday, March 12, 2009

fatim yg sedeyh

Hidup ni kadang-kadang macam roda.. Ada yang gembira, ada yang duka, macam-macam yang jadi dalam hidup kita ni. Kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada waktu yang mendatang. Semuanya Allah yang tentukan. Kadang-kadang berubah sekelip mata. tak tercapai dek akal fikiran. Waktu tu mula lah rasa hilang arah, tak tahu nak buat apa. Mula lah terbayang benda yang bukan-bukan. Rasa nak memberontak, rasa nak campak semua yang ada kat sekeliling, kadang-kadang rasa macam nak bunuh diri (erk, jangan buat ok, berdosa besar!)

Tapi pernah tak kalian tefikir apa yang belaku semua ni ada hikmahnya. Mungkin Allah nak menguji hambanya. Boleh tak tahan dengan ujianNya. Tak pun, nak suruh kita berfikir sejenak, asyik fikir happy jek, sekali bila sedeyh, macam mana lah agaknya ek. Lebih kurang macam tu lah.

Aku ni kalau sedih, muka dah memang sememeh jek, satu hari tak boleh buat kerja, asyik fikir benda sedih jek. Mula lah orang tegur pun asyik nak marah jek. Kesian orang-orang yang berkenaan tu. Tak pasal-pasal kena marah. Memang tak boleh nak kawal perasaan. Menangis tak payah cakap lah. Memang 'feberet' aku. Duduk dalam bilik berhari-hari sampai kurus kempeng (pengalaman sebenar aku ok, ahha). Siang malam pakai baju kelawar jek (dah malas nak fikir pakai baju apa). Parents memang pelik (agaknye la kot) tapi they all buat-buat tak tau je. Hurm, semua misery ni adalah gara-gara putus cinta la! Memang haprak. Sia- sia sebenarnya buat semua benda bodoh tu. Buang masa. Tapi, aku bersyukur, sebab selama ni aku asyik bagi nasihat je kat orang. Sekali kene setepet kat dahi. Baru padan muka.

Seronok juga ada pengalaman macam tu, at least dapat rasa apa yang orang lain pernah alami. Pejam celik pejam celik, dah lebih kurang setahun lebih aku berkawan dengan Iskandar ni. Banyak ups & downs nye. Bukan semuanya suka. Ada yang duka. Lebihnya yang duka kot. Maklumlah, hidup kita ni di sekeliling manusia lain. So, mestilah ada yang berbekas di hati, kalau tak orang lain, dah tentulah aku yang selalu berbekas. Huh. Ada je tak kena di pandangan mata aku.

Kepercayaan dan kejujuran adalah dua perkara yang terpenting dalam menjalinkan perhubungan. Ini pada pandangan aku lah. Sekali terluka, susah sangat nak hilang parutnya. Memang susah, aku tak tipu, ok. Lain la kalau aku ni memang perempuan yang tak kisah semua tu. Hurm, mungkin aku ni jenis yang susah & sangat conservative dalam hal-hal macam ni. Entahlah, walau pun macam-macam yang berlaku sepanjang hubungan we all, tapi tetap kami tempuhi dengan sabar. Melatah sekali-sekala memang tak boleh nak elak, tapi kena pandai handle.

Pantang betul aku dengan orang yang kaki menipu. Tolonglah jangan amalkan, kalau dah asyik menipu, macam mana orang nak put their trust on you? Lama-lama orang pun malas nak percaya dah. So, waktu tu jangan salahkan sesiapa if takde orang nak trust you all. Pape pun, hadapi lah hidup ni dengan tabah. Semoga hidup kita sentiasa diberkati.

Ok lah setakat ni dulu coretan aku kali ni. See ya again, take care.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...